| zar's profilezar-mind spacePhotosBlogLists | Help |
zar-mind spaceCillah mind art |
||||||||||||||||||
|
April 07 Ruang bebas - 1Lazimnya, setiap yang bernyawa dialam ini, dari sehalus-halus kuman sehinggalah kepada sebesar-besar ikan paus memerlukan suatu ruang kebebsan untuk dirinya dalam perkembangan aktiviti kehidupan harian. Bebas dalam mana adanya suatu keselesaan juga ruang untuk mempertingkatkan atau mempergiatkan aktiviti harian yang dilalui misalnya seorang kanak-kanak kecil yang memerlukan suatu ruang bebas untuknya bermain-main sebagai lazimnya seorang yang normal dan cergas serta belajar mengenal dunia disekelilingnya. Tanpa suatu ruang kebebsan untuk kanak-kanak kecil tersebut seperti contohnya seorang kanak-kanak Palestin yang dilahirkan didalam penjara Isreal lalu membesar didalam penjara tersebut yang begitu sempit dan tiada ruang bebas untuknya, maka pertumbuhan samaada untuk fizikal mahupun mental kanak-kanak kecil tersebut kemungkinan besar membawa kepada suatu yang terencat. Dan ini meliputi kepada sekelian mahluk, masing-masing memerlukan suatu ruang kebebasannya tersendiri. Seperti segala haiwanat, memerlukan suatu ruang bebas dalam menjalani kehidupan harian, dalam berinteraksi sesamanya, dalam mencari rezeki makanannya dan seterusnya. Tanpa suatu ruang kebebasan yang diperlukan, bergantung kepada tahap sesuatu kehidupan tersebut, maka terjadilah sesuatu yang bertentangan dengan fitrah kejadian kehidupan itu sendiri misalnya haiwanat yang bebas liar atau bebas kemana-mana dimuka bumi ini, lalu ditangkap, dipenjara dalam suatu kurungan kacil maka bercanggahlah dengan naluri fitrahnya, bak burung yang bebas terbang kesana-kemari, dikurung didalam sangkar tanpa peluang untuknya mengecapi kehidupannya mahupun berkeluarga sebagaimana fitrah kejadiannya. Hatta binatang ternakan sekalipun memang fitrahnya dijadikan dekat dengan insan, namun memerlukan juga suatu ruang untuknya bebas diladang-ladang atau ditanah-tanah tuannya, bukannya hanya terkurung didalam sangkar kecil menanti untuk disembelih.
Bersambung…… August 13 Kekurangan ruang? - 1Setiap yang lahir dimuka-bumi ini samaada tumbuh-tumbuhan, haiwanat, jinnat hingga ke insaniat memerlukan ruangnya yang tersendiri
untuk melangsungkan kehidupannya. Dan setiap ruang itu memerlukan suasananya sendiri yang diperlukan oleh sesuatu kehidupan tersebut sebagaimana contoh, ruang rahim ibu yang dipenuhi air yang amat diperlukan untuk kelangsungan kehidupan bayi didalamnya. Samaada ruang yang luas atau terlalu luas melebihi dari apa yang diperlukan atau ruang yang sempit namun semuanya ada had-hadnya dan
ada minimum ruang yang diperlukan. Ruang yang wujud dalam sesuatu yang nyata seperti dari sudut kawasan, bilik dan lain-lain, yang wujud dalam sesuatu yang tidak dilihat
oleh mata-kasar seperti ruang perasaan, fikiran dan lain-lain, atau pun yang berada diantara kedua-duanya seperti ruang waktu atau tarikh yang tidak dilihat oleh mata-kasar namun ia tetap hadir dalam kehidupan setiap yang bernyawa. Dalam dunia yang dipenuhi lebih daripada 70% air dan diduduki oleh berbillion haiwanat bersama lebih kurang 6 billion insan, sebenarnya masih mencukupi untuk setiapnya mempunyai ruang peluang kehidupan yang selesa, sebagaimana berbillion-billion kehidupan lautan yang sentiasa mempunyai ruang sendiri yang selesa.
Tentunya ruang-ruang yang memenuhi permintaan sesuatu kehidupan seperti mempunyai sumber air untuk kehidupan didaratan menjadi suatu perebutan. Namun demikian, alam yang terbentang luas adalah mencukupi untuk sekelian. Tetapi mahluk yang bergelar insanlah yang selalunya mengatur kehidupan yang ada menjadi suatu kekalutan kerana merebut ruang peluang kehidupan. Sebagaimana binatang ternakan seperti lembu, ayam dan lain-lain, dikurung dalam suatu kurungan yang begitu sempit yang benar-benar bercanggah dengan fitrah suatu kehidupan. Hanya herana untuk mengaut keuntungan, segala ruang kehidupan lainnya dirampas. Hanya kerana memenuhi nafsunya, dinafikan ruang peluang kehidupan lainnya.
Dan mahluk bergelar insan jugalah yang selalu bersengketa sesamanya hingga keperingkat bunuh-membunuh hanya hanya kerana merebut ruang yang lebih luas hatta sebenarnya yang dimiliki adalah lebih dari mencukupi. Mahluk yang bergelar insanlah yang selalu melebihi sempadannya untuk menguasai ruang yang lain serta juga menguasai ruang peluang kehidupan untuk yang lain.
Disamping itu, ruang peluang kehidupan yang sedia ada, dicemari seperti percemaran udara, air mahupun didaratan. Hatta ruang fikiran insan itu sendiri dicemari atas-atas sebab kebendaan. Fikiran yang dapat memikir sejauh saujana memandang, dipersempitkan dengan perasaan tamak, dengki, bakhil, meninggikan diri, mementingkan diri dan seterusnya hingga menjadi sesak bak lebuh-raya yang mengalami kesesakan lalu-lintas saban hari.
Lantas timbul kekurangan ruang untuk suatu kehidupan yang selesa dan masing-masing semakin berebut-rebut untuk mendapatkannya hatta sebenarnya untuk kehidupan yang singkat ini, adalah lebih dari mencukupi. Masaalah kekurangan ruang peluang untuk sesuatu kehidupan wajar menjadi semakin kronik disegala peringkat sekiranya insan itu sendiri tidak merawatinya. Pergelutan, persengketaan, penindasan, kegelisahan dan lain-lain kedukaan mungkin terjadi dimana-mana sebagaimana lazimnya terjadi dinegara-negara yang bergolak samaada dijajah atau sebagainya. Ini adalah hasil daripada insan-insan yang kehidupannya hanya berkiblatkan kepada kebendaan.
bersambung.... June 27 Ruang atur diriDalam menjejaki langkah-langkah kehidupan seharian, perlu adanya ruang atur diri, iaitu suatu dimensi masa, tempat, kehendak, kemahuan yang digunakan untuk mengatur seterusnya langkah dihari muka. Ruang atur diri ini amatlah penting samaada digunakan untuk memuhasabahkan diri, memperbaiki diri serta menyiapkan diri agar seterusnya menjadi lebih baik atau pun kelompok serta sesuatu masyarakat yang meluangkan tenaga fikiran untuk kebaikan bersama serta memperbaiki kesilapan bersama. Meluangkan waktu serta juga menyediakan suasana yag dapat membantu membina setiap hari ruang atur untuk diri mahupun seterusnya untuk masyarakat adalah suatu keperluaan. Kerana misalnya, dengan adanya ruang atur pada diri, akan terbinalah azam atau disiplin bagaimana membawa diri seterusnya, serta juga terpahat tetap akan maksud hidupnya. Sebegitu juga misalnya sesuatu kelompok masyarakat yang duduk bermusyawarah mengatur seterusnya usaha-usaha untuk kebaikan bersama. Dengan itu juga, akan adanya gerak-kerja yang wajar didahulukan dalam menempuh hidupan seharian. Kekadang kerana dibuai oleh kesibukkan dunia dalam memenuhi hajat-hajat kehidupan, tiadalah masa yang dapat diberi untuk ruang atur ini, samaada untuk diri atau masyarakat. Untuk jangka pendek, ia mungkin kelihatan tiada masaalah disitu, tetapi untuk jangka panjang,pasti meninggalkan kesan yang mendalam. Misalnya seorang yang sentiasa dalam kesibukan dunia sehingga tiada ruang atur diri bagaimana dia dapat meluangkan setiap waktu kepada Penciptanya, atau bagaimana dia dapat meningkatkan hubungan kepada Penciptanya serta memperbaiki dirinya, maka sampai suatu peringkat, jiwanya akan tertekan kerana fitrah manusia akan sentiasa bersifat hamba,lalu sekiranya dia tidak berusaha menghambakan dirinya kepada Penciptanya yang sebenar (dalam konteks pegangan serta amal-ibadat) serta mendamaikan dirinya dengan mengikut amalan-amalan yang ditunjukkan oleh Nabi Muhamad s.a.w, maka akan diserahkan jiwanya untuk menghambai dunia atau mahluk yang membawa kemudaratan pada jiwa-fikiran yang lantas juga meninggalkan impak kecelaruan keatas maksud sebenar kehidupannya didunia yang singkat ini. Dalam lingkungan tempat pengindapan, ruang atur ini mungkin suatu ruang yang dibina dan diatur samaada untuk menyambut tetamu atau juga untuk kegunaan diri. Diatur sebegitu rupa agar adanya keselesaan. Sebegitulah misalnya untuk diri yang mana dengan adanya ruang atur diri saban waktu, maka jiwa akan menjadi tenteram, kerana dengan ini, adanya usaha-usaha untuk melangkah kearah kebaikan seterusnya untuk hari-hari mendatang. Mungkin insan itu sendiri sentiasa melakukan kesilapan demi kesilapan tetapi Allah itu Maha Pengampun dan meyenangi hamba-hambanya yang sentiasa memohon keampunan dan dengan adanya ruang atur diri ini, maka sentiasalah insan itu sendiri menyedari kesilapan dan kekurangannya dan sentiasa memohon pertolongan kepada Allah. Boleh dikatakan juga, dalam Islam itu sendiri, penghayatan dalam amal-ibadat adalah dalam lingkungan ruang atur diri, kerana saban waktu menghayati amal-ibadatnya, saban waktu juga ia mengatur agar langkah kehidupan seterusnya untuk tetap sebagai hamba Allah. Menyiapkan atau mengaturkan diri akan untu ruang-rang yag tiada kesudahan iaitu akhirat. Sebagaimana sekelompok insan yang bermusyawara saban waktu bagaimana dapat melakukan usaha-usaha kearah kebaikan serta usaha-usaha mengajak insan lain juga menuju kearah kebaikan. December 17 ruang diri - 6Dalam diri setiap insan, terdapat suatu ruang yang lazimnya tidak digemari iaitu ruang kebosanan. Dimana dalam meniti detik-detik masa hidup, ruang kebosanan atau merasa suatu kekosongan dijiwanya adalah salah satu sifat lumrah insani. Kebosanan adalah lahir daripada ruang-ruang yang wujud dari permintaan minda, kehendak rasa-hati, kesihatan tubuh-badan serta juga terlopongnya masa-masa yang meminta untuk diisi.
Kerana lazimnya insan bertindak melakukan sesuatu diatas perkara-perkara diatas, bersama fitrahnya yang saban waktu meluru menerokai sesuatu yang baru buat dirinya dan ini adalah perbezaan ketara dengan mahluk lain iaitu haiwanat. Kepada haiwan, hidupnya adalah amat terbatas dari segi keupayaan tubuh badan yang tidak fleksible mahupun akalnya, lantas apa yang dialaminya, biarpun perkara yang sama berkurun-kurun lamanya, tiadalah ia mengalami ruang kebosanan dijiwanya. Mungkin kebosanannya pada peringkat kerana tiada memiliki pasangan hidup namun ia amat jauh perbezaan bila dikatakan dengan jiwa-jiwa insan yang mengalami kebosanan.
Insan, sesejak mula belajar berjalan, ia akan sentiasa cuba mengisi waktu sehariannya dengan aktiviti-aktiviti seperti mencapai apa sahaja dihadapan pandangannya, cuba menangkap percakapan-percakapan mereka yang disekitarnya mahupun setiap hari mempelajari keadaan sekitarnya. Dan bila semakin dewasa, lebih banyak perkara-perkara yang dipelajari, dikaji dengan bantuan sekitar serta dari sudut pandangan tersendiri mahupun dihidupkan dalam kehidupan sehariannya.
Sebegitulah seterusnya bila meningkat matang sehinggalah kehari tuanya. Dan dalam dunia yang berkembang pantas dan hampir kini kelihatan seakan tiada sempadannya, maka semakin banyak perkara-perkara, maklumat-maklumat mahupun amalan-amalan kehidupan insan seharian disetiap sudut dunia berligar dimana-mana, yang mana juga melahirkan lebih banyak ruang permintaan dalam dirinya. Dan disinilah juga terletak lebih besar ruang perangkap untuk suatu kebosanan.
Tidak dinafikan untuk mereka yang diperdalaman atau kawasan-kawasan terpencil juga hadirnya perasaan kebosanan, tetapi tata-cara kehidupan serta pemikiran yang dilewatinya, membuahkan pengawalan cepat keatas ruang kebosanan dirinya. Mungkin segalanya dalam kuantiti terhad serta juga sekitar yang menenangkan jiwa dari bergolak diatas ruang kebosanan.
Manakala semakin sibuk atau hadirnya dalam bentuk kuantiti yang besar perkara-perkara yang berlaku dalam kehidupan seseorang, semakin besarlah juga risiko ruang kebosanan dalam dirinya. Katakan seorang yang biasa dianjakkan dengan sesuatu yang menjadi kebiasaan hariannya seperti television atau komputer atau apa sahaja alat komunikasi untuk mendapatkan berita-berita semasa, tiba-tiba ketiadaan alat-alat tersebut, maka jiwanya akan merasa sesuatu kekosongan. Katakan seseorang yang biasa dianjakkan pendengarannya dengan bunyi-bunyian musik atau suasana-suasana yang menghiburkannya dari sudut bunyian, tiba-tiba tiada semua itu, tentu jiwanya merasa tiada keharmonian. Katakan seseorang itu biasa dikelilingi oleh sahabat-handai yang mana menceriakan kehidupan sehariannya, tiba-tiba semuanya menjauhkan diri, tentunya dia akan merasakan suatu kehilangan dan seterusnya untuk perkara-perkara lain yang dilaluinya dalam kehidupan seharian yang mana tanpa perkara-perkara tersebut maka wujudnya ruang kebosanan.
Dan ini belum lagi dikatakan kebosanan dari perkara-perkara yang kerap dilakukannya seperti bosan mendengar sesuatu lagu yang telah begitu banyak kali didengarinya, bosan kepada rutin kehidupan seharian seperti keatas pekerjaan yang dilakukan, pelajaran yang dilalui, makanan yang sama setiap hari, kesesakan lalu lintas, kegopohan tingkah-laku mereka yang disekitarnya dan seterusnya.
Mungkin kita akan menyangka, itu semua adalah perkara lumrah dalam kehidupan seharian seorang insan, tetapi sedarkah kita, kebanyakkan keburukan yang ditimpa oleh insan adalah dari ruang-ruang kebosanan yang wujud dijiwanya? Lantaran untuk mengisi ruang-ruang kebosanan inilah, insan bertindak berbagai-bagai laku, yang kekadang ada manfaat darinya, tetapi banyak juga kemudaratan darinya.
Misalnya seorang gadis yang setiap waktu dihimpit dengan berbagai-bagai bentuk hiburan samada dari alat elektronik mahupun majalah-majalah sensasi, lazimnya akan merasa suatu kebosanan pada satu-satu peringkat umurnya, dan tanpa kawalan orang-tuanya, akan bertindak keluar mencari teman-teman sejiwa, namun ramai yang berakhir dengan kekecewaan kerana terperangkat dalam kemelut bebas sosial, sehingga ada yang melahirkan anak diluar nikah mahupun seterusnya kepada kes-kes membunuh diri. Atau misal, seorang remaja lelaki yang tertekan jiwanya lantaran kebosanan, bertindak juga seperti gadis diatas, maka berkemungkinan besar, akhirnya hidup dalam belenggu-belenggu dadah mahupun kegiatan yang merosakkan akhlak.
Misal yang lebih besar, segala keburukan seperti wujudnya kasino, bar-bar, diskotik-diskotik dan segala bentuk maksiat adalah berpunca juga dari ruang-ruang kebosanan yang meminta diisi. Lalu, apakah perkara yang terbaik untuk insan mengatasi fitrah jiwa kebosanannya?
Sebagai seorang Islam, iainya tiada lain dengan mengambil jalan yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. Allah yang mencipta segalanya, maka Allahlah yang mengetahui apakah terbaik untuk hamba-hamba yang diciptakanNya. Dengan mengamalkan amalan solehan, serta dengan menghidupkan jalan kehidupan yang ditunjukkan oleh Rasulullah, inilah "penebat" atau penawar kepada segala ruang-ruang kebosanan yang ada dijiwa insani. Bahkan bukan sahaja penawar, malah membantu setiap insan agar dapat melakukan aktiviti-aktiviti yang benar-benar membawa manfaat samada untuk selama hidupnya didunia, mahupun diakhirat.
Aktiviti-aktiviti amal solehan dalam kehidupan seharian, seperti dakwah (berpesan-pesan atau menasihati sesamanya kearah kebaikan), taklim-wa-taklum (duduk dalam majlis ilmu atau mengajar sesuatu ilmu kebaikan kepada orang lain), ibadat-wa-zikir (memenuhi diri dengan amal ibadat seperti menunaikan solat mahupun nawafil solat serta membaca Al Quran, tashbihat mahupun membawa pengamalan keatas doa-doa masnun dalam kehidupan seharian), berkhimat pada diri serta keluarga mahupun masyarakat (berkhidmat dimasjid, bergotong-royong, membantu insan yang memerlukan pertolongan dll) adalah aktiviti yang menutup ruang untuk kebosanan dan juga meningkatkan darjat diri disisi mahluk mahupun disisi Allah Taala.
Setiap amalan solehan yang dilakukan dengan keikhlasan disamping meyakini ganjaran kebaikan dari Allah (sebagaimana terdapat banyaknya hadis-hadis mahupun ayat Al Quran sendiri yang menceritakan kelebihan keatas sesuatu amalan solehan), bukan sahaja tiada kebosanan atas amalan solehan tersebut, malah mampu membawa diri merasakan kebahagiaan dalam mengamalkannya dan kehidupan yang dilalui seterusnya adalah lebih bermakna serta ada hala-tujunya.
|
|||||||||||||||||
|
|